Muafakat Membawa Berkat

‘Muafakat Membawa Berkat’ itulah tajuk syarahan saya pada pagi yang baik ini. Alhamdulillah, syukur kita ke hadrat Allah taala kerana keberkatannya dapat kita bersama-sama berkumpul di dewan yang indah ini untuk berkongsi pemikiran dan pengetahuan kerana sesungguhnya mencari ilmu itu adalah dituntut oleh Allah SWT dan Rasul-Nya. Firman Allah dalam surah Al-Mujadilah (58) ayat ke-11, marhumnya

Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman diantaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa derajat

Dan juga diriwayatkan Muslim bahawa Nabi bersabda

Barangsiapa berjalan di satu jalan dalam rangka menuntut ilmu, maka Allah mudahkan jalan menuju jannah. Dan sesungguhnya malaikat meletakkan sayap-sayapnya bagi penuntut ilmu tanda ridha dengan yang dia perbuat.

Muafakat berdasarkan terjemahan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka membawa erti ‘seia sekata atau setuju’ manakala berkat pula dimaksudkan sebagai ‘membawa untung atau berbahagia’. Maka tajuk kita pada hari ini bolehlah disimpulkan sebagai persetujuan dalam sesuatu kerja itu insya Allah akan sentiasa memberi keuntungan atau kebahagian kepada mereka yang seia dan sekata mengenainya.

Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-222 pada 13 hingga 14 Oktober 2010 lalu antara lainnya telah menyatakan kegusaran Raja-Raja Melayu terhadap perkembangan politik negara yang bersifat perkauman dan juga mencabar kedaulatan Perlembagaan dewasa ini. Baginda-baginda telah bertitah bahawa keadaan ini akan membawa musibah kepada negara ini sekiranya berterusan. Justeru, seluruh rakyat adalah diseru memahami dan menghayati sejarah pembentukan negara dan Perlembagaan Persekutuan yang diasaskan kepada kontrak sosial iaitu semangat permuafakatan dan persefahaman antara kaum dan persetujuan Raja-Raja Melayu.

Selain itu, Raja-Raja Melayu turut menitahkan supaya orang Melayu tidak lagi bertelingkah sesama sendiri. Mereka perlulah bersatu berasaskan persaudaraan Islam supaya kedudukan dan nasib orang Melayu tidak ketinggalan dan terhakis dalam arus pembangunan negara. Seluruh pemimpin Melayu diseru untuk kembali duduk semeja dan bersama-sama berusaha untuk menaikkan kedudukan orang Melayu, di samping terus melindungi dan membela nasib kaum Bumiputra ini. Perselisihan faham dan pertelagahan antara pemimpin Melayu tidak akan memberi keuntungan kepada orang Melayu malah akan merosakkan masa depan mereka di tanah bernama Malaysia ini.

Jelas sekali tuan/puan bahawa kesombongan dan kurang bijaksana orang Melayu itu sendiri akan memamah peluang dan kemajuan mereka sendiri. Allahyarham Dr. Burhanuddin al-Helmi ketika menyertai PAS pada 1956 masih berpegang teguh kepada kepentingan pemuafakatan antara umat Melayu. Beliau merupakan antara tokoh yang menandatangani piagam penubuhan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR atau UMNO) pada 1946 di Istana Besar, Johor Bharu. Meskipun berbeza pandangan dan ideologi, pemimpin-pemimpin Melayu pada waktu awal kemerdekaan negara ini masih sama dan jitu matlamat mereka, iaitu menyelamatkan bangsa Melayu dari kemunduran dan membawa mereka ke tahap yang mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan bangsa-bangsa lain di dunia.

Bagaimanapun, perjuangan parti-parti politik Melayu semakin menjauhi antara satu sama lain sehinggakan ada pihak yang sanggup mengkafirkan satu pihak yang lain sekitar tahun 80-an hanya dek kerana bezanya lambang parti di baju masing-masing. Syahadahnya sama. Junjungan besarnya masih Nabi Muhammad SAW. Kiblatnya masih ke Makkah al-Mukaramah. Tetapi masakan bersolat Jumaat dua kali kerana ada imam yang bersongkok dan imam yang berketayap. Bukankah itu satu penzaliman kepada umat Melayu sendiri?

Ada yang mempersoalkan bahawa perjuangan kita bukanlah berlandaskan kaum atau bangsa, tetapi perlu lebih kepada Islam sebagai ad-Din yang diredhai Allah SWT.  Sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan, istilah Melayu itu turut merangkumi Islam sebagai agamanya selain daripada bahasa pertuturannya, adat budayanya dan juga darah keturunannya. Maka apabila bercakap mengenai perpaduan Melayu, secara langsungnya juga kita bercakap mengenai perpaduan Islamiah.

Dalam menempuh cabaran kemajuan dan kemodenan hari ini dan akan datang, ia lebih memerlukan kepada kemuafakatan antara orang Melayu sendiri demi memastikan kepentingan dan hak mereka tidak akan hanyut dibawa arus pancaroba alaf baru ini. Orang Melayu boleh berbeza pendapat dan pandangan tetapi tidak harus sehingga mengakibatkan perpecahan dan pertelingkahan yang merugikan kaum sendiri. Hanya kerana ingin memenangi satu kerusi DUN atau Parlimen dalam pilihan raya kecil, orang-orang Melayu sendiri yang agamanya tidak pernah menyuruh membenci dan mengasari sesama Islam, sanggup berbaling batu dan kayu ketika hari penamaan calon. Pergaduhan kecil dan ejek-mengejek sesama sendiri bukanlah senario yang pelik ketika tempoh kempen dan hari pengundian terutama di kawasan-kawasan majoriti Melayu. Namun, amatlah pelik jika ternampak aksi sebegitu di kawasan-kawasan yang bukan majoriti Melayu. Tidakkah mereka pernah terfikir bahawa siapa yang menang sekalipun tetaplah orang Melayu yang agamanya Islam? Alangkah baiknya juga sekiranya UMNO dan PAS dapat bertanding satu lawan satu di setiap kerusi Parlimen atau DUN supaya keputusannya nanti sentiasa membawa keuntungan kepada Melayu itu sendiri.

Walau bagaimanapun, kepentingan kaum lain tidaklah harus dipandang enteng. Pemuafakatan antara kaum selama inilah yang menyebabkan setiap warganegara tanpa mengira latar belakang kaum dan agamanya dapat mengecapi pembangunan negara. Di universiti-universiti awam, tetap ramai penuntut-penuntut yang namanya atau ayahnya tidak bermula dengan Muhamad atau Mohd. Hampir 90% empunya rumah kedai bagi setiap blok kawasan komersial yang dibangunkan adalah dari kalangan bukan Melayu. Begitu juga dengan tauke-tauke yang menguasai perniagaan ICT di Plaza Low Yatt. Hak setiap warganegara untuk hidup dengan aman dan selesa di negara ini tidak pernah diganggu gugat oleh pemerintah negara yang diterajui oleh orang Melayu.  Hak dan keselamatan setiap warganegara tanpa mengira kaum dan agama sentiasa dijamin dan dilindungi oleh Yang Di Pertuan Agong, yang juga berketurunan Melayu.

Benarlah kata orang tua-tua yang bijaksana, muafakat itu membawa berkat. Persetujuan yang dicapai antara semua pihak dalam mentadbir negara ini telah memungkinkan kita semua pada hari ini hidup di sebuah tanah yang bebas merdeka serta disegani dan diiktiraf dunia. Lebih mengkagumkan lagi, bahasa kebangsaan kita iaitu bahasa Melayu bukan sahaja ditutur di negara ini sahaja tetapi di seluruh dunia. Pengalaman saya sendiri bertutur bahasa Melayu dengan salah seorang warga Amerika Syarikat yang berbangsa Caucasian di negaranya membuktikan pengiktirafan dunia ini. Justeru itu, marilah sama-sama kita memanjatkan kesyukuran kepada Ilahi atas kurniaan  ini dan meneruskan resam bermuafakat kita untuk sentiasa membawa keberkatan di tanah tercinta ini.

Dari Melaka ke Tanah Jawa,
Membawa bersama pisang seikat,
Bila hati sudah sejiwa,
Muafakat kita membawa berkat.

 

Sekian dahulu sayarahan saya pada hari ini. Yang baik itu dari Dia Yang Maha Mengetahui dan Bijaksana, dan yang kurang itu adalah dari kelemahan saya sendiri. Wabillahi taufik, walhidayah. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih.

 

*gian nak kembali ke zaman sekolah untuk masuk pertandingan syarahan walaupun dulu tak berapa nak masuk :)

    • farah aisyah
    • January 23rd, 2011

    syarahan tajuk iman dan takwa pencetus umah gemilang x de ke???

    • syaza
    • February 21st, 2011

    nk mintak copy bley ??

    • sahada mohd hadi
    • June 29th, 2011

    Ya betul kata Farah Aisyah…Tak dek ka…

    • KUTTY
    • January 20th, 2012

    KURANG MEMUASKAN………………………….

  1. Amazing :)

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: