Buta Sejarah

Wonders of wORLD wIDE wEB! Saya baru membaca surat khabar semalam, itu pun melalui Internet. Kalau nak baca printed version dah tentu kertas-kertas tu dah lunyai sekarang ni. Satu sebab lagi untuk sokong usaha kurangkan penggunaan kertas – kuranglah sampah dan kuranglah penebangan balak-balak. Takut anak-anak kita dah besar nanti, makin panas pula diorang.

One of the articles that I browsed through tonight that caught my eyes, was from Utusan MalaysiaOrang muda buta sejarah!“. What the ….

Cemana pula wartawan tu boleh buat kesimpulan macam ni? Lepas baca satu-satu soalan yang ditanya kepada 200 randomly selected respondents, this is my conclusion :-

Soalan ke-2 dan ke-4 boleh dipertimbangkan kalau salah

Soalan 1, 3, 5, 6, 8, 9 dan 10 tak patut ada yang tak tahu

Sebab :

1. Memang diakui tak ramai yang peka pasal tema sambutan hari merdeka termasuk orang yang tak muda pun. Cuba tanya pada wakil-wakil rakyat, cikgu-cikgu, manager-manager bank dan cashier kedai mamak pun tak tentu tahu lagi.

2. Soalan 4 tu, kalau diubah sikit untuk cam kan jata negara pun tak tentu lagi ramai orang akan dapat jawab dengan betul, tambah la lagi dengan nak tahu cogan kata negara yang hanya ada pada jata tu

Tetapi macam mana pun, sebagai seorang rakyat kenalah at least tahu semua ni. Memang soalan yang basic. Tapi apa penyelesaiannya?

Menteri Pelajaran baru-baru ni ada sebut untuk jadikan subjek sejarah sebagai subjek yang kena lulus dalam peperiksaan awam. Bagus la tu. Baru la budak-budak serius sikit belajar sejarah. Cuma loop hole nya ialah sistem pengajaran dan pengajar tu sendiri. Saya ingat lagi masa waktu sejarah dari tingkatan 1 sampailah tingkatan 5, cara cikgunya mengajar adalah sama : untuk lulus dan score A dalam periksa. Buku teks tu sangat jarang pegang. Kitab utama adalah buku rujukan (ala yang Sasbadi print tu). Kena paksa beli tu! Hasilnya, itu yang Utusan kata Orang Muda Buta Sejarah.

Prof Emeritus Khoo Kay Khim ada kata baru-baru ni, buku teks sejarah kena ditulis semula supaya lebih comprehensive dan menceritakan fakta sebenar. Dia bagi contoh, ramai orang politik kata “penjajah British yang bawa masuk orang Cina beramai-ramai ke Tanah Melayu” padahal sebenarnya “tauke-tauke kaya Cina yang sudah ada di Tanah Melayu yang bawa masuk orang-orang Cina ke sini” untuk lombong bijih timah. Dia juga ada sebut cikgu-cikgu perlu main peranan untuk pastikan anak murid faham sejarah yang di’belajar’nya. Cikgu tu sendiri kena tahu beyond written passages in the text book. Barulah dia boleh cerita dengan menariknya macam mana Kuala Lumpur dibuka. Ini tak, asyik-asyik Yap Ah Loi yang buka KL. Tak cerita pun Abdullah Hukum yang semangat buka kampung-kampung Melayu di KL tu macam di Bangsar.

Esok saya akan upload artikel yang cerita pendapat Prof Khoo pasal keputusan Kementerian Pelajaran dengan subjek sejarah ni. Kena scan dulu paper the Sun tu

ps : What if I was one of the respondents? I should score 9/10. My wrong answer for question #2 would be part of WRONG stat!

*pic credit tu Utusan Malaysia

  1. October 30th, 2010

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: