Tahniah Kelantan : Juara Piala Malaysia 2010

Akhirnya menang juga Kelantan untuk memiliki Piala Malaysia. Lepas beberapa kali kempunan, akhirnya tahun ni rezeki Kelantan untuk naik podium. Mungkin rezeki Hairuddin Omar kot sebab tahun lepas dia main dengan Negeri Sembilan dan menang Piala Malaysia, lawan Kelantan. Tahun ni dia tukar team, menang juga. Score pula tu. Apa-apa pun TAHNIAH Kelantan!

Kalau ikut kualiti game tadi, memang menarik. Asyik serang je. Tak de lak nak bertahan mana-mana team pun. Kalau macam ni lah kualiti game pasukan-pasukan lain, mesti stadium 80% penuh punya! Hopefully, next year the quality of our football game will keep improving.

Cuma satu saja yang tak best. Menang pun, stadium penuh dengan botol air dan sampah mercun. Kalau kalah tadi? Nasib baik juga la Kelantan menang tadi😀

Final Result : Kelantan 2 – 1 Negeri Sembilan

Next stop, Man Utd vs Tottenham Hotspur. Currently, the score is Man Utd 1-0 Tottenham. It’s on track, thanks to Vidic. Hopefully, tonight I will see another fantastic goal from Chicharito, the little green pea!

Update : Man Utd 2-0 Tottenham. Scorer : Vidic (31) & Nani (84). Well done United!

    • apiz
    • November 1st, 2010

    salam saudara..
    Dari apa yang kita lihat..terdapat perbezaan diantara pasukan ns dengan klate iaitu jurulatihnya. klate bernasib baik kerana ns kehilangan ketua pasukan merangkap pertahanan kental pasukannya. Jika dilihat dari segi taktikal, nampaknya sememangnya sathianathan tidak layak untuk membimbing pasukan negara berbanding wan jamak hassan yang sarat dengan pengalaman. Walaupun pasukan kelantan memiliki ramai ‘star’ berbanding pasukan ns yang hanya bebrbekalkan pemain-pemain muda, namun jika dilihat pada first half, ns yang menguasai perlawanan. turning point adalah ketika aidil zafuan tercedera kerana asakan keras dari rakan sepasukan dalan skuad negara iaitu norshahrul idlan talaha. Selepas itu barulah hairuddin omar berpeluang untuk menggunakan ketinggian dan kelebihan tandukannya untuk menjaringkan gol. Yang saya kagumi ialah walaupun terpaksa merombak kembali pasukan, namun skuad bimbingan wan jamak hassan dapat juga memberi saingan walaupun agak sudah agak terlambat. AAdatlah dalam bola sepak kalah dan menang..kadangkala pasukan bermain baik, tetapi apa jua boleh berlaku dan menjejaskan pasukan. Sekian.

    • Saya setuju dengan pandangan saudara. Itu yang dikatakan rezeki kerana pada saat-saat akhir Shahruain mendapat peluang terbuka di depan mata. tetapi boleh pula tersasar jauh dari gawang gol. Sudah suratan nya begitu. tetapi sangat enjoyable game tersebut.

    • wak dojel
    • November 1st, 2010

    Dari wartawan,surat kabar,pengulas sukan.dan kawasan2 sewaktu dengannya, nampaknya tidak hati melihat kelatan menjuarai piala malaysia..entah mengapa mereka ni xsenang dengan kelantan..mungkin ia diperintah oleh PAS kot..atau ape ??..anda boleh melihat betapa bencinya orang2 ini terhadap pasukan kelatan.tp kalau ns.ke..selangor ke..dia puji habis-habisan.meluat saya tgk pengulas sukan tv1 atau tv3 ni..entah ape merasuknya..harap berubah ler saudara.2 semua

    • Sekali dengar memang macam betul juga. Macam tak berapa suka kan? Tapi memang benar pada 1st half NS banyak control game. Cuma x dapat cipta peluang berbisa untuk sumbat gol. 2nd half keadaan berubah. Namun, kalau nak kata sebab Kelantan diperintah PAS menyebabkan persepsi ramai tak berapa gemar Kelantan menang, pada saya kurang tepat. sebabnya pengurus Kelantan adalah orang kuat UMNO di Kelantan. Malah kempen pilihan raya di Galas juga terhenti hari tu sebab dua-dua parti yang bertanding taja tengok final Piala Malaysia. Mungkin orang kurang senang dengan sikap sebilangan kecil penyokong Kelantan yang masih terbawa-bawa dengan sikap yang tak patut spt baling botol dan bakar mercun. Kalau team lain yang main, ada juga tragedi baling mercun dan botol cuma tak sebanyak kalau Kelantan yang main. Tapi sebenarnya pihak yang patut kawal stadium pada saya masih kurang cekap sehinggakan masih banyak botol2 dan mercun yg terlepas ke padang bola

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: