Kuning dan BERSIH

Sudah lama tidak menaip, kekok pula rasanya. Banyak yang hendak dikatakan tapi kurang pula masa untuk diluangkan di sini. Mungkin perkara ini sudah hampir dilupakan namun ia banyak memberi kesan kepada negara kita. Akta Perhimpunan Aman 2012 digubal dan luluskan akibat daripada NGO bernama BERSIH. Walhal sebelum ini pun rakyat bebas untuk berhimpun tetapi terdapat beberapa peraturan yang perlu diperolehi sebelum diluluskan permitnya. Namun di bawah akta baru ini, sesiapa sahaja boleh menganjurkan perhimpunan aman dengan hanya menghantar notis kepada pihak polis 10 hari sebelum tarikh perhimpunan. Suatu perubahan yang ketara kepada negara kita.

Bagaimanapun, entri ini bukanlah fasal perhimpunan aman tetapi kekesalan saya tentang keikhlasan BERSIH sendiri dalam membantu kerajaan untuk mencapai suatu pilihan raya yang didakwa kotor.

BERSIH dalam salah satu tuntutannya mengatakan bahawa daftar pemilih kita sangat tidak teratur dan meragukan. Apa yang dinyatakan adalah masih terdapat nama-nama pemilih yang boleh dipersoalkan kewujudan mereka. Masih ada pemilih-pemilih yang berumur lebih dari 100 tahun. Adakah mereka masih hidup atau telah mati? Terdapat juga nama-nama yang berkongsi alamat yang sama terutama alamat di kampung-kampung. Memang betul, sangat-sangat meragukan! Bagaimana SPR sehingga hari ini selepas berpuluh tahun merdeka masih tidak boleh bersihkan daftar pemilih ini?

SPR juga sedar akan masalah ini. Takkanlah mereka tidak boleh buat apa-apa? Secara logik akalnya berapa ramai sangat orang di Malaysia yang berumur lebih 100 tahun. Umur 101 tahun pun dah masuk surat khabar, inikan pula kalau berumur 110 tahun. Mesti hari-hari keluar Metro surat khabar bagitau ada warga emas yang sambut harijadi yang ke 110 tahun. Apa yang SPR buat selama ini?

Selepas BERSIH 2.0 berhimpun, SPR mula keluarkan senarai nama pemilih yang meragukan, lebih 42,501 nama. Nama-nama ini termasuklah orang yang ikut akal dah mati, alamat yang

gambar dipetik dari Kosmo! Online

gambar dipetik dari Kosmo! Online

sama dan juga kad pengenalan tak aktif. Aik kad pengenalan pun boleh tak aktif. Rupa-rupanya ada lagi warganegara Malaysia yang tak tukar kad pengenalan bila JPN tukar kad pengenalan biru yang lama (KP plastik yang besar dan ada cap jari di kiri kanan gambar) kepada kad pengenalan bunga raya (KP yang mula guna nombor 12 digit) dan seterusnya kepada MyKad. Mereka ini diklafikasikan sebagai tak aktif sebab JPN tak boleh nak confirm kewujudan mereka.

Macam mana pun nama-nama ini telahpun dihantar SPR kepada semua ibu pejabat parti-parti politik untuk bantu kesan orang-orang ini jika masih hidup/ada. Pameran umum juga dibuat. Hasilnya pada bulan Mac 2012 JPN sahkan nama-nama itu dah berkurang kepada 40,803 orang. Beribu datang maklum sama ada mereka ini masih hidup dan berada di Malaysia atau waris datang bagitau yang orang berkenaan sudah mati. Pemilih yang dah tak layak mengundi pun dikeluarkan daripada daftar pemilih.

Nama-nama yang tak tahu status ini SPR terpaksa kekalkan dalam daftar sebab SPR tak ada hak ikut Perlembagaan nak potong nama sesuka hati walaupun umur dah seratus lebih. SPR ada bukti black and white untuk potong nama mereka. Tapi takkanlah JPN tak ada rekod?

Memang JPN tak ada rekod bila suatu kematian tak didaftarkan dengan mereka. Dulu bila orang mati, waris hanya utamakan permit kubur sahaja. Kemudian baru daftar dengan JPN. Itupun kalau ada kepentingan iaitu HARTA. Cuba tanya balik mak bapa atau atuk nenek kita sama ada orang tua mereka bila mati zaman 60 an atau 70 an dulu didaftar tak kematian mereka dengan JPN. Kadang-kadang mereka tak tahu pun kena daftar dengan JPN. Akibatnya ramailah yang daftar mengundi dulu dan dah mati masih ada dalam daftar pemilih.

Cuma yang jadi tanda tanya saya ialah apa yang dibuat oleh Ahli Parlimen dan ADUN? Mereka tak bantu ke usaha SPR ni terutama yang kuat bising pasal daftar pemilih tak bersih? Macam mana pula dengan BERSIH yang nak himpun sampai 1juta orang, takkan lah nak cari lagi 40ribu orang pun susah? Kalau BERSIH betul-betul ikhlas dan telus nak perbaiki sistem pilihan raya kita, kenapa mereka tak cuba kumpulkan 1juta ahli dan suruh ahli-ahli pergi cari 40ribu orang ni? Bukankah itu lebih baik daripada buat susah di KL sampai polis kena belanja jutaan ringgit untuk gerakkan anggota supaya kawal Dataran Merdeka? Lagi peliknya kenapa tak pergi ke Stadium Bukit Jalil selepas Kompleks Sukan Negara offer untuk beri guna stadium itu. Lebih teratur dan lebih selesa. Budak-budak pergi pun tak ada masalah. Parking pun banyak. Dekat dengan LRT pula tu. Surau ada. Tndas pun ada, tak perlu guna tandas Burger King atau Mc Donald’s. Nak makan pun senang sebab sana ada gerai makanan.

Nampak sangat BERSIH cuba keldaikan rakyat untuk tujuan politik. Zaman sekarang memang patut pun tubuh macam-macam civil society untuk bantu rakyat dan tegur mana kerajaan buat tak betul. Tapi apa BERSIH buat hanyalah menyusahkan rakyat dan bazirkan duit rakyat apabila banyak kemusnahan harta benda negara berlaku masa tunjuk perasaan mereka
. Itu semua duit kita the tax payers.

Lagi pun nanti masa pilihan raya, kan ke ada wakil calon dalam bilik mengundi tu. Wakil calon boleh bantah kalau yang datang mengundi tu umurnya lebih tua berbanding rupa paras dia. Rasanya tak ada kes lagi sampai hari ini cerita seperti itu. Takkan lah wakil calon bodoh sangat sampai tak boleh beza orang muda yang pegang kad pengenaln orang yang berumur 100 tahun.

Please Ambiga, don’t use the rakyat so you can make yourself famous and ready to become one of the candidates in the next general election.

gambar dipetik dari malaysiadigest.com

gambar dipetik daripada 2dayblogger.com

gambar dipetik dari malaysiandigest.com

gambar dipetik dari mymassa.blogspot.com

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: