Doa Guling Kerajaan

Tadi tengok Buletin Utama TV3 menyirap pula darah. Kes khatib di Masjid Saidina Abu Bakar as-Sideq, Guar Perahu Pulau Pinang yang sebelum ni dilaporkan oleh TV3 pada 23 Jun 2012. Mula-mula orang UMNO yang diinterview meluap-luap suruh siasat. Dah ada blog yang cuba cool down the temperature supaya orang nampak ini sebagai satu propaganda BN. Ke situ pulak poie nye! Tadi ahli kariah masjid tu dah buat report polis. Minta siasat perkara ini. Untuk pengetahuan semua, tak silapnya Guar Perahu ni dok dalam Parlimen Permatang Pauh. Tau la siapa MP dia kan.

What ever it is pun, takkan lah sampai macam tu sekali. Ape ke bengongnya dan sempit pemikiran sampai minta kepada Allah swt untuk jatuhkan orang Islam sendiri. Bukannya kafir harbi pun nak didoakan sebegitu. Kenape tak minta doa supaya pemimpin BN nie dibuka pintu hatinya kalau jahat sangat depa ni?! Bukankah itu lebih baik. Macam komen sahabat saya, “tak payah tunggu Amerika datang hantar ejen untuk ‘jajah’ negara kita macam kat Timur Tengah, orang Islam kita sendiri pun boleh bagi hancurkan negara sebab pecah belah.”

Tak boleh ke kita berbaik-baik sesama insan terutama seagama. Syurga dan neraka tu kat tangan kita ke? Itu semua hak Allah untuk tentukan bukannya manusia. Semoga orang-orang Islam yang jumud pemikirannya macam nie akan lebih terbuka akalnya untuk pastikan Islam sentiasa terletak tinggi di negara kita. Bersatulah tak kira apa pegangan ideologi kita. Tak salah kalau kita berbeza pendapat tapi janganlah sampai mendoakan kejatuhan orang. Doalah perkara-perkara yang baik dan itu lebih mulia.

Nak jatuhkan kerajaan, tunggu pilihan raya nanti. Berilah undi kepada parti yang kita fikir (bukan rasa tau) terbaik untuk tadbir negara. Yang dapat jaga kebajikan anak cucu kita, ekonomi dan majukan negara untuk keselesaan rakyat.

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: