Archive for July, 2012

Itali, Sepanyol gah di padang, longlai dalam ekonomi

Oleh Anwar OPatho Rohman

Laksana dana penyelamat bersepadu elak krisis terus melarat.

Bagi yang menonton Euro 2012 awal pagi tadi, tentu sudah mengetahui siapa bergelar ‘raja’ bola sepak Eropah tahun ini, sama ada Itali atau pun Sepanyol. Pasukan yang menang menyambutnya dengan penuh kegembiraan dan disanjung ribuan peminat. Bagi yang kalah, menangis air mata darah sekali pun tidak akan dapat menukar keputusan perlawanan.

Di sebalik kehebatan dan kemeriahan Euro 2012 terutama apabila perlawanan akhir menemukan Sepanyol dan Itali, kedua-dua negara ini juga tetap mempunyai kelemahan. Kedua-duanya sedang bergelut dengan krisis ekonomi

Itulah dunia sukan bola sepak. Ia penuh dengan kegilaan, suka duka, misteri, keajaiban dan luar biasa tetapi amat berpengaruh kepada manusia kerana ramai yang sanggup mengorbankan wang ringgit, tenaga dan masa termasuk waktu tidur.

Jelas sekali, Euro 2012 menjadi pentas negara rantau Eropah mempamerkan kehebatan dalam sukan bola sepak kepada dunia khasnya benua Amerika Selatan dan Asia.

Kejohanan berprestij empat tahun sekali itu amat ditunggu peminat bola sepak, selain Piala Dunia kerana mereka mahu menyaksikan aksi diperagakan pemain yang mewakili negara masing-masing kerana hampir separuh pemain beraksi dianggap antara pemain terbaik dunia.

Namun begitu, di sebalik kehebatan dan kemeriahan Euro 2012 terutama apabila perlawanan akhir menemukan Sepanyol dan Itali, kedua-dua negara ini juga tetap mempunyai kelemahan. Kedua-duanya sedang bergelut dengan krisis ekonomi di negara masing-masing.
Walaupun Itali dan Sepanyol dilihat hebat di padang, di pentas ekonomi kedua-dua negara itu sebenarnya tenat dan amat memerlukan dana penyelamat bagi mengurangkan kesan peningkatan kos pinjaman yang sedang dihadapinya.

Jumaat lalu, pemimpin negara Kesatuan Eropah (EU) bersetuju melaksanakan tindakan kecemasan itu dengan disusuli penubuhan sebuah badan penyeliaan tunggal bagi memantau institusi perbankan di Zon Euro menjelang akhir tahun ini.

Sidang Kemuncak 17 negara anggota yang berkongsi mata wang sama bersetuju dana menyelamat Zon Euro boleh digunakan bagi menstabilkan pasaran bon, susulan rayuan pemimpin Sepanyol dan Itali.

Pelan tindakan kecemasan itu boleh dibuat tanpa memaksa negara berkenaan yang mematuhi peraturan bajet EU, menerima pakai langkah penjimatan tambahan atau pembaharuan ekonomi.

Negara EU yang meminta sokongan bon daripada dana penyelamat perlu memeterai satu memorandum persefahaman (MoU) dengan menyatakan komitmen dasar sedia ada mereka serta tempoh masa yang dipersetujui.

Negara berkenaan, bagaimanapun tidak akan berdepan sebarang pengawasan ‘Troika’, wakil Suruhanjaya Eropah, Bank Pusat Eropah dan Tabung Matawang Antarabangsa (IMF), yang mana ketika ini Greece, Ireland dan Portugal tertakluk mengenainya.

Pada Sidang Kemuncak EU sebelum ini, Sepanyol dan Itali bersetuju menerima pakej pertumbuhan untuk menurunkan kos pinjaman kedua-dua negara itu yang kini kian meningkat. Masalah itu kini boleh menjejaskan pasaran modal ekonomi negara ketiga dan keempat terbesar dalam zon euro itu.

Penganalisis pasaran saham, Kaladher Govindan menganggap keputusan EU sebagai bantuan melegakan untuk pasaran bon Sepanyol dan Itali, namun kelemahan serta ketidakseimbangan fiskal Eropah dalam sistem perbankan bukan sekadar menuntut suntikan modal berterusan.

“Krisis ekonomi di sana masih memerlukan lebih banyak bantuan jika mahu pulih di samping mengatasi masalah isu utama.

“Soalnya, adakah Mekanisme Penstabil Eropah (ESM), iaitu dana penyelamat tetap Eropah yang akan diberikan kuasa menyalurkan bantuan secara terus kepada bank bermasalah, akan diberikan lesen perbankan seperti disyaratkan syarat Bank Pusat Eropah (ECB),” katanya.

Perkembangan terbaru menunjukkan yang perkara itu mungkin boleh menjadi kenyataan kerana dana penyelamat euro berjumlah 500 juta boleh mengecilkan hutang Sepanyol dan Itali bernilai lebih 2.4 trilion.

“ECB sepatutnya memainkan peranan lebih penting dalam situasi sekarang sekiranya situasi melegakan Jumaat lalu hendak dikekalkan,” kata Ketua Penyelidik TA Securities itu lagi.

Melihat kepada perkembangan di blok Eropah itu, ia seharusnya menyedarkan kita bahawa sehebat mana sesebuah negara itu, pasti ada kelemahan.

Ada banyak perkara yang boleh dipelajari darinya. Sukan mungkin boleh menjadikan negara di Eropah gah dan megah pada mata dunia, tetapi pada sudut lain, mereka jauh lebih menderita berbanding negara kita.

dipetik daripada : Berita Harian Online

Update : Harimau Muda at AFC U22 Qualifiers

Just a quick update on Group G result AFC U22 Qualifiers:

Malaysia menang 4-2 ke atas Chinese Taipei pada 28 Jun 2012.
Scorer :
Rozaimi Rahman 8, 41
Saarvindran 78
Own goal 33

Malaysia menang 3-0 ke atas Vietnam pada 30 Jun 2012.
Scorer :
Rozaimi Rahman 52, 92, 94

Next stop is Myanmar on July 3rd 2012. Harap ada live on TV. Kalau menang game ni, akan pergi ke AFC Asian U22 Championship. Semoga seluruh rakyat Malaysia dapat berdoa supaya Harimau Muda berjaya tewaskan Myanmar. Malaysia Boleh!

EURO 2012 : Who Will Lift The Trophy?

Not until today will only I write on Euro 2012. Living half across the world from Ukraine and Poland makes you have to get up in the middle of morning to watch every single game. I only watched a few games when the Orange, Germany and England were playing. They were my favorites. I thought either the Orange or England could win this time. And I always knew that the German had a good chance. But what a disappointment!

That’s the thing with football. You can’t expect anything which is wrote on paper will decide the game. Though the Netherlands were displaying such excellent performances but fate had never been on their side.

That went on Germany as well. What a tremendous campaign they had so far but they fumbled in the semis to the Azzuries. Yes, Italy played better. They outperformed the English boys and the Germans in their last two games. They cornered every single opponent when they entered their half. And they had good attackers as well. So scoring goals were nothing to them.

In conclusion only the best team will win. They need not only to display the best performance but also to have the best tactical, skills and quality players to outwit the opposition. After witnessing the Azzuries or the BLUES I strongly feel that they will rule the finals and win the championship to themselves. So best of luck guys.

ps- I’m not a fan of Balotelli but I think he is the man who will rip apart the defense of the Spaniards.