Posts Tagged ‘ Bangi ’

Jangan Sampai Ditipu

Ini berlaku beberapa hari lepas. Sangat tak patut bila mengenangkannya semula.

Baru-baru ini saya ada ke satu-satunya pusat membeli belah di kawasan kediaman saya. Pergi mencari car charger untuk telefon saya. Mula-mula saya ke Carrefour. Seperti biasa memang terdapat barang yang di cari dengan harga sangat murah : RM19.90. Tetapi tahu sahajalah aksesori Apple mana ada harganya murah. Biasanya yang murah tu tak terjamin kualitinya oleh Apple. Tapi tak kisahlah janji dapat charge telefon dalam kereta.

Selepas itu saya terus pergi mencari di kedai yang lain. Manalah tahu kalau dapat yang lebih baik dengan harga yang sama. Saya singgah di satu kedai telefon yang diiklankan di luar sebagai antara dealer kepada telco Orang Kuning.

Saya mencari benda yang sama dan dia ada menjualnya. Produk yang dijual adalah serupa dengan yang di jual di Carrefour. Sebijik! Tapi cuba teka harganya, RM89! Menakjubkan hehe

Moral of the story :
Berhati-hati bila membeli barangan IT. Perniagaan ini telah dimonopoli oleh orang tertentu. Mereka akan menjual barangan IT kadang kala dengan harga yang tak masuk akal. Kita tahu barang tu tiruan tapi janganlah harganya macam yang original. Adakah mereka penjual tak ada etika dan moral? Tapi kalau yang berniaga di Petaling Street memang susah nak cakap sikit. Saya hampir kena belasah sebab tak jadi beli barang. So where’s your right as a consumer?

So watch out guys! If you looking for a reasonable price for IT accessories and you’re living around Kajang, Bangi or Putrajaya there’s an IT store just outside Warta Bangi, near McDonald. Cari Komputer is the name of the store. I’ve been there quite a few times and I already log it in as one of my Favorite store.