Posts Tagged ‘ utusan malaysia ’

Buta Sejarah

Wonders of wORLD wIDE wEB! Saya baru membaca surat khabar semalam, itu pun melalui Internet. Kalau nak baca printed version dah tentu kertas-kertas tu dah lunyai sekarang ni. Satu sebab lagi untuk sokong usaha kurangkan penggunaan kertas – kuranglah sampah dan kuranglah penebangan balak-balak. Takut anak-anak kita dah besar nanti, makin panas pula diorang.

One of the articles that I browsed through tonight that caught my eyes, was from Utusan MalaysiaOrang muda buta sejarah!“. What the ….

Cemana pula wartawan tu boleh buat kesimpulan macam ni? Lepas baca satu-satu soalan yang ditanya kepada 200 randomly selected respondents, this is my conclusion :-

Soalan ke-2 dan ke-4 boleh dipertimbangkan kalau salah

Soalan 1, 3, 5, 6, 8, 9 dan 10 tak patut ada yang tak tahu

Sebab :

1. Memang diakui tak ramai yang peka pasal tema sambutan hari merdeka termasuk orang yang tak muda pun. Cuba tanya pada wakil-wakil rakyat, cikgu-cikgu, manager-manager bank dan cashier kedai mamak pun tak tentu tahu lagi.

2. Soalan 4 tu, kalau diubah sikit untuk cam kan jata negara pun tak tentu lagi ramai orang akan dapat jawab dengan betul, tambah la lagi dengan nak tahu cogan kata negara yang hanya ada pada jata tu

Tetapi macam mana pun, sebagai seorang rakyat kenalah at least tahu semua ni. Memang soalan yang basic. Tapi apa penyelesaiannya?

Menteri Pelajaran baru-baru ni ada sebut untuk jadikan subjek sejarah sebagai subjek yang kena lulus dalam peperiksaan awam. Bagus la tu. Baru la budak-budak serius sikit belajar sejarah. Cuma loop hole nya ialah sistem pengajaran dan pengajar tu sendiri. Saya ingat lagi masa waktu sejarah dari tingkatan 1 sampailah tingkatan 5, cara cikgunya mengajar adalah sama : untuk lulus dan score A dalam periksa. Buku teks tu sangat jarang pegang. Kitab utama adalah buku rujukan (ala yang Sasbadi print tu). Kena paksa beli tu! Hasilnya, itu yang Utusan kata Orang Muda Buta Sejarah.

Prof Emeritus Khoo Kay Khim ada kata baru-baru ni, buku teks sejarah kena ditulis semula supaya lebih comprehensive dan menceritakan fakta sebenar. Dia bagi contoh, ramai orang politik kata “penjajah British yang bawa masuk orang Cina beramai-ramai ke Tanah Melayu” padahal sebenarnya “tauke-tauke kaya Cina yang sudah ada di Tanah Melayu yang bawa masuk orang-orang Cina ke sini” untuk lombong bijih timah. Dia juga ada sebut cikgu-cikgu perlu main peranan untuk pastikan anak murid faham sejarah yang di’belajar’nya. Cikgu tu sendiri kena tahu beyond written passages in the text book. Barulah dia boleh cerita dengan menariknya macam mana Kuala Lumpur dibuka. Ini tak, asyik-asyik Yap Ah Loi yang buka KL. Tak cerita pun Abdullah Hukum yang semangat buka kampung-kampung Melayu di KL tu macam di Bangsar.

Esok saya akan upload artikel yang cerita pendapat Prof Khoo pasal keputusan Kementerian Pelajaran dengan subjek sejarah ni. Kena scan dulu paper the Sun tu

ps : What if I was one of the respondents? I should score 9/10. My wrong answer for question #2 would be part of WRONG stat!

*pic credit tu Utusan Malaysia

Nasib usahawan Melayu pinggir bandar dan bandar

Food for thought : The reality of Malay dilemma. Some Malays are so hardworking more than the Chinese (as some people said) to get a taste of life. To become rich and famous. But the reality is…

I got this article from here. I wish those Malays who are just wanna get rich thru Ali Baba would stop their immoral practices. Let those who really want to do business rightfully get the opportunities. Jangan tekan bangsa sendiri.

One more thing, Perbadanan Putrajaya – please lower your shop lot rentals as they are too foolishly high. Putrajaya is supposed to be an Islamic City Model where people can live happily including happy with their cost of living. Since the rentals are too damn high, the population, who are Muslims-majority, have to pay more compare to people who are living in Bangi and Kajang. Why? The root cause is Perbadanan Putrajaya high imposed rentals! Do something about it!

Nasib usahawan Melayu pinggir bandar dan bandar

SEORANG usahawan kecil gigih membina nama. Bermula dengan merangkak kemudian bangun bertatih perlahan merempuh segala onak dan duri dalam dunia perniagaan. Dia menyewa sebuah lot kedai di pinggir bandar. Lot kedai itu milik bumiputera. Kadar sewa yang dikenakan agak mahal tetapi usahawan itu berhati waja, menerima apa yang ditetapkan lantaran minat untuk berniaga ketika itu sedang meluap-luap.

Ketika hendak memulakan perniagaan, dia bersama adik-beradiknya mengecat lot kedai yang boleh saja disamakan dengan stor buruk. Maklumlah tempat itu sememangnya digunakan untuk menyimpan barangan si kontraktor yang memiliki kedai tersebut.

Sejak itu, dia memulakan perniagaan, membuka bakeri menjual kek, roti serta biskut hasil tangannya sendiri. Selang beberapa lot kedainya, ada satu lagi bakeri milik bukan bumiputera yang mempamerkan tanda halal tanpa diketahui halal tulen atau halal palsu.

Persaingan yang terpaksa ditempuh sememangnya sengit. Tetapi dia tidak mudah berputus-asa. Usahawan itu melebarkan langkahnya mencari pasaran di luar kawasan selain mempelbagaikan cabang perniagaannya.

Daripada bertatih, kini dia boleh berjalan dalam keadaan stabil. Biar pun belum berani berlari, keyakinan yang terbina hasil penat jerih selama lebih 12 tahun membuka matanya tentang erti dunia perniagaan. Dia Melayu. Melayu yang dikatakan mudah mendapat segalanya. Melayu yang dikatakan ada Mara, ada Jabatan Pertanian ada bank, ada diskaun – pendek kata kalau sebut Melayu, macam-macam ada.

Alasan

Tetapi Melayu pemilik lot kedai yang disewanya bukan seperti Melayu yang didefinisikan sebagai Melayu. Pemilik kedai itu tersungkur lantaran pelbagai masalah termasuk tidak tahan kerenah birokrasi bank. Lantas dia rebah terpaksa menjual lot kedai itu kepada bukan Melayu.

Memang sukar dan menyakitkan tetapi dia tidak ada pilihan. Rantaian kesannya adalah kepada usahawan yang menyewa lot kedai tersebut. Pemilik baru mahu menaikan sewa pada tahap tidak masuk akal jika dibandingkan kawasan tersebut. Lot yang disewanya menjadi lot termahal berbanding lot-lot lain. Pemilik baru itu memberi alasan, kedai tersebut cantik. Di mana logiknya? Yang mengecat, yang memasang jubin pada lantai, yang menghias kedai, yang melengkapkan pendawaian elektrik dan pendingin hawa adalah usahawan tersebut.

Pemilik lama apatah lagi pemilik baru tidak mengeluarkan sesen pun untuk membuat semua itu. Tetapi yang terpaksa menanggung kenaikan sewa adalah orang yang mengeluarkan ringgit dan sen iaitu usahawan bumiputera Melayu yang dikatakan memiliki pelbagai keistimewaan.

Itu cerita usahawan di pinggir bandar yang masih memanjat tangga demi tangga untuk mencari jawapan adakah Melayu itu amat istimewa seperti mana yang digembar-gemburkan atau hanya satu peratus sahaja Melayu yang benar-benar menepati kriteria istimewa itu sendiri. Jawapan masih belum ditemui.

Di Suria KLCC – mercu tanda bandar raya Kuala Lumpur – kita tentu tidak lupa kisah Kelantan Delights. Betapa mualaf yang pada pandangan umum adalah Melayu tidak mampu menyahut cabaran kenaikan kadar sewa yang mencecah hampir RM45,000. Tiada keistimewaan sebaliknya dia diberi kata dua – ambil atau tinggalkan.

Dia tidak ada pilihan sebenarnya di situ, lantas dia menarik diri di celah-celah puluhan nama asing yang megah membina papan tanda nama di kompleks beli-belah tersohor itu. Nama Melayu ada di situ tetapi tidak sampai berapa kerat, itu pun tidak diketahui berapa lama boleh bertahan.

Yang terbaru usahawan di Alamanda – kompleks beli-belah di pusat pentadbiran kerajaan Persekutuan iaitu Putrajaya. Pengurusan Alamanda bersemenda dengan Suria KLCC, begitu juga dengan nasib usahawan di situ. Maka apa yang terjadi baru-baru ini boleh saja disimpulkan sebagai kesinambungan nasib usahawan Melayu/bumiputera baik di pinggir bandar mahu pun di bandar.

Usahawan-usahawan ini masih mencari makna sebenar menjadi Melayu atau bumiputera, lantaran baik premis nun di Rawang mahu pun di tengah bandar raya atau di pusat pentadbiran persekutuan, pemiliknya atau pengurusannya terdiri daripada bukan Melayu.

Melayu hanya menjadi usahawan yang menumpang lot kedai. Melayu hanya pengusaha makanan tradisional yang mencuba nasib di ruang niaga Suria KLCC. Melayu yang cuba berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan bukan Melayu di Alamanda.

Itulah Melayu.

Like it? Share this on Facebook Share it on Facebook